Monday, December 13, 2010

Mak...baliklah...adik rindu mak...

Penat betul macam-macam kena buat…huh…belum hilang penat mak panggil ‘adikkkkkkkkk’……buat muka sekupang berdepan dengan mak ‘dah solat??’ mak bertanya…adik geleng ja….merajuk konon…tak nak cakap dengan mak….mak tarik tangan adik, adik bersila depan mak…’kenapa tak solat??adik marah mak ya??adik penat mak suruh adik buat macam-macam??ka adik marah sebab mak tak belikan adik ayam goreng??’

Adik tunduk ja sepatah tak jawab…jahatkan adik…ermmmmmmm…’adik nak ayam tu mak,mak cakap nak belikan tapi tak pun’ adik mencuka ja muka..mak pegang kepala adik ‘kalau mak tak belikan ayam goreng adik tak mau solat???Adik suka ya Allah tak sayang adik??nanti kalau mak mati , ayah mati lepas tu adik tak solat….tiap hari mak dengan ayah dalam kubur kena seksa, adik suka ya mak dengan ayah kena pukul?? ‘ adik tunduk ja kepala…napa rasa macam nak menangis ja ni??ishhhh mak selalu cakap anak lelaki kena kuat..air mata lelaki tak boleh dibiar mengalir sia-sia..hehehe….aku kena tahan!!!!!biarkan emak dengan soalan dia….merajuk lagilah kononnya…tak dapat makan ayam goreng ja pun..ermmmmmmmmmm….

‘mak tak cukup duit tadi sayang,duit tu mak beli ubat tadi tapi emak dah pesan pada ayah belikan adik ayam…nanti adik makan ya.’ Adik senyum..kalau boleh nak senyum sampai telinga…tak sabar nak tunggu ayah balik..bukan tak sabar nak tunggu ayah bawa balik ayam goreng sebenarnya…’sekarang adik pergi solat dulu,ingat solat ni tak boleh tinggal’ pesan mak….aku pun dengan hati yang penuh dengan taman permainan ikut saja cakap mak…

Masa tu aku umur 5 tahun…budak-budak apalah yang aku tau , sakitkah mak aku , cukup duit kah mak aku , ada rezekikah ayah aku…semua aku tak tau..yang aku tau kehendak dan permintaan aku dipenuhi….masa tu aku ingat lagi…..rumah aku penuh orang…tertib semuanya eh pak dolah pun ada…tok acik pun sama..ramai betul kat rumah… ‘ayah ada kenduri ya???’ soalku nada penuh ceria..(ramai orang kan) tapi kali ni aku tengok mak diam ja…tidur , tapi tak kan letih kot , orang ramai kat rumah emak pula tidur…selalu suara emak ja aku dengar….adik buat itu adik buat ini…tapi harini tak pun…mak marah kat aku agaknya aku kan nakal

Lepas tu adik tengok tok acik bungkus mak…mak diam ja…makkkkkkk…..kenapa diam?????kenapa tok acik buat mak macam ni….masa tu aku dah tersedu…nek limah peluk aku….makkkkk bangunlah…adik ni mak…mak diam ja…langsung tak gerak cikit pun tak berganjak..lepas tu mak dimasukkan dalam kotak kayu..tutup rapat-rapat bawa mak tapi emak tak jalan orang kampung usung kotak kayu tu….aku dah jerit-jerit nak ikut mak …ayah pun usung sekali kotak kayu tu….korang tahu apa aku rasa masa tu????

Mulai malam tu mak tak ada….mak dah tak temankan adik makan…makkkkkkk tiap hari adik tunggu mak balik….adik rindu…nak peluk mak,nak cium mak..nak dengar suara mak…makkkkk balik lah adik sunyi..siapa nak ceritakan adik kisah nabi???siapa nak temankan adik tidur???mak….adik tunggu mak ni…baliklah…malam tu adik tertidur lepas penat menangis…esok awal-awal pagi dah panggil mak….tak disahut pun….adik tak bermimpi…mak tetap tak balik…bila adik masuk bilik…adik rasa macam mak ada…adik pergi dapur pun adik rasa mak ada….semuanya dik rasa mak ada….adik sunyi betul-betul sunyi….

Duhai bonda tercinta….
Apalah erti seluruh buana tanpa ungkapan indah memanggilmu tak terasa jiwa ini penuh andai kasihmu luput tanpa jasad…izinkan aku bonda…izinkan aku membawa pulang kasihmu agar menjadi teman di malam dinginku…bersama selimut kisah kasihmu….

Bonda…..
Tak terubat langsung rindu ini….dimamah memori dimakan dek hari….anugerah kasihmu tidak sempat aku layari sejauh mungkin…jadikan aku anak yang soleh buat pembekalmu di sana agar kita tak terpisah di negeri abadi…separuh hati ini pergi bersama kasihmu….rindu yang bertaut ini tidak mungkin ku ketemu….jauh bonda jauh…..tak tergapai langkah itu…terpisah dua alam berbeza….saat kau ada jarang aku hargai…bila kini kau tiada rindu ini tidak mampu ku selami…

Emak yang adik rindui…
Saat pada hampir sempurnanya warkah ini….adik merinduimu…rindu pada suaramu…pada setiap bebelanmu….tangan mu tangan rahmat meredakan setiap ketakutan….menghilangkan setiap keresahan…suaramu mendamaikan jiwa nan gundah…sejauh mungkin ku layari rasa ini…melayan hati penuh kerinduan tapi panggilan keramat itu hilang jua tak bisa memanggil emak lagi....


Mak….baliklah…adik sunyi……..

Read More......

Friday, December 10, 2010

Ayahku Yang Hensem...

Bismillahhirrahmannirrahim……

Alhamdulillah masih mempunya masa untuk mencoret….sahabat aku selalu cakap puisi , cerpen atau apa sahaja penulisanku pasti berbelit juga ayatnya…itu kata mereka…tapi rasa tinta aku yang ni special punya no belit-belit…mudah faham kot…hehe…rasa macam lama pula tak menulis kebizian sangat (alasan ja kot) so malam ni aku pun menulis…aku dah nak tulis semalam tapi biasalah aku kebizian …al kisahnya pun bermula….


Aku mempunyai seorang ayah yang hensem..hehehe (tapi memang hensem)…baik lemah lembut sopan santun…opssss saja ja aku menambah…ayah aku ni memang terlalu manjakan aku…korang rasa manja camna???ada orang cakap manja tahap gaban!!!!!ya begitulah aku memang manja…baju sekolah aku dulu sampai aku form 3 ayah aku ironkan, korang mesti masa year 3 dah iron sendiri kan..hehehe..tapi aku tidak ayah aku tak kasi alasannya takut aku iron tangan aku plak..kira ok lah alasan ayah aku ni nasib bukan takut aku iron muka aku…

Umur 16 kira form 4 aku masuk asrama tekniklah haaaaa jeng jeng jeng…bermulalah hidup tanpa ayah iron baju aku…mak aku cakap situasi ayah aku masa aku baru masuk sekolah 2 akak membimbangkan..hehehe coz ayah aku langsung tak boleh pandang  ayam…kira kalau ayah aku pergi pasar ayah tak beli ayamlah…tahu kenapa???coz aku ni makan aaaayaaaam ja , sian ayah aku….betapa kasihnya dia pada aku (ceeewahhhh)….itulah tahap manjanya aku…

Masa aku form 3 ayah lah menghantar aku ke sekolah biasalah mak dan ayah aku tak kasi naik basikal moto kereta bus lori…bahaya kata depa..so ayah akulah yang hantr dan ambil…mak aku ada juga ambil Cuma jarang sebabnya mak aku buka restoran agak jauh dari rumah aku…ofis ayah aku pula depan sekolah aku..heheh…aku bukan nak korang baca pasal aku sangat tapi aku selalu dengar orang cakap aku manja..memang aku manja pun…heehee (tak malu)…masa aku form 3 tu lah ayah aku ambil tok aku duduk dengan kami…masa tu tok aku sakit…sakit tua…dulu tok duduk dengan kakak ayah aku..kira mak sedara akulah..tapi masa tok sakit ayah aku jaga tok…

Rutin harian tetap sama bagi ayah aku Cuma lepas ayah aku ambil aku kat sekolah ayah akan belikan lauk daging sebab tok aku tak makan ayam bukan macam aku…lepas tu kat rumah aku sampai hari ni ingat..ayah akan hidangkan makanan pada tok..dan ayah akan duduk sebelah tok ayah akan temankan tok makan , dari penuh nasi dalam pinggan sampai tok basuh tangan ayah aku tunggu ja..kadang-kadang aku tengok ayah akan gaulkan nasi untuk tok…suapkan tok walaupun masa tu tok aku mampu lagi makan dengan khudrat dia…

Lepas berapa bulan tok makin sakit…kena pakai pempers…tapi masa tu sekali lagi hati aku tersentuh…ayah tak pernah bagi mak aku basuhkan najis tok…pasti ayah aku yang akan bersihkan..ayah aku bersihkan dengan telapak tangan ayah sendiri…penuh rasa kasih seorang anak…ayah akan mandikan pakaikan baju…fuhhh ayah pernah Tanya aku satu soalan sampai sekarang aku tiada jawapan ayah aku Tanya kalau ayah macam ni adik sanggup tak basuh najis ayah????ermmmm tiada jawapan sebenarnya aku terfikir boleh aja akujawab mestilah boleh ayah…inikan anak ayah…tapi betul ker?????lalu aku ambik keputusan diamkan diri….

Ayah , mak jaga tok sampai tok sihat (alhamdulilah) lepas tu tok cakap nak balik kampong (rindu ayam , itik , lembu kot hehehe)…ayah memang tak nak hantar tapi dah tok nak balik ayah turuti jua….lepas tu agak lama juga masa tu bulan ramadhan…seperti biasa ayah ke masjid…solat di sana…dalam lepas isya’ mak dapat panggilan cakap tok tengah tenat!!! Lalu kami ke masjid…masa tu call ayah pun tak dapat ayah off  yalah dalam rumah Allah kooot…malam tu hujan pula…lebat…sampai masjid aku tengah jemaah tengah solat …ish nak masuk memang tak boleh tak kan aku nak masuk tambah2 tengok ayah di saff belakang imam..aku pula perempuan…baju aku dah basah masa tu lepas tu aku pun Nampak sorang pakcik ni duduk kat tangga masjid..aku pun minta tolong dia panggilkan ayah aku..tapi pakcik tu pun nak masuk tak boleh yalah orang tengah solat koot…pak cik 2 suruh aku p tgk tok aku dulu nanti dia bagitau ayah aku…aku pun angguk jalah…
Tapi…..ermmmm Allah sayangkan tok lebih awal…masa aku sampai tok dah tak ada…kemudiaan ayah aku sampai aku tengok ayah aku tenang ja…tapi dalam hati siapa yang tau….begitulah kisahnya tentang ayah aku yang hensem ni….bagi aku ayah lah terbaik (tetiba tetingat mak ayah)

Ermmm ayah…ketahuilah dari fitrah kasarmu ada sembunyi rahmat kasih…tak mampu aku jadi sepertimu tak mampu aku hulurkan kasih sesucimu…tak mampu aku berikan kasih seikhlas mampu…kerana aku bukan anak yang taat….aku tahu jangan kan kata ingin cebokkan najismu entah2 kan nak menyuapmu pun aku tidak mahu…Allah….lalaikah aku sebagai anak????lalaikah aku Ya Rabb…..
Tuhan…..tuhan….KAU izinkanlah aku mencurahkan segalanya semampu dayaku selagi mereka bernafas..kerana aku bimbing saat aku kehilangan mereka baru aku menyesal…..
Ya Allah….ampunilah daku…..hanya seorang hamba yang hina anak yang tak tahu di untung…..ampunkanlah aku…..


Pena Abdi (9/12/2010)

Read More......

Friday, December 3, 2010

Talqin Yang Menggerunkan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

Read More......

Thursday, December 2, 2010

Hambamu Tidak Lengkap Fitrahnya


Nadiku kini masih biasa bergetar
lupa daku pada nikmatMU
hingga lalai akan kematian
yang bila saja akadMU menjelma...

Ya Rabb...
aku bisa tidur dalam lena
mimpi indah kayangan
hingga leka pada insan kedaifan
beralaskan tanah berbumbung langit kiranya...

Ya Allah..
nikmat deriaMU hingga kini terasa
lazat dan lapar bagai sungai mengalir
kenyang dan terlalu kenyang
hingga aku lupa kesempitan insan
belum menjamah secebis cuma...

Ya Tuhan...
aku sempurna ciptaanMU
dari langkahku hingga segenap pinjamanMU
namun sering hatiku terusik
tidak puas dengan anugerahMU
hingga aku tak sedar
ada hambaMU  tidak lengkap fitrahnya

Tuhan....
Ampunilah daku...makin tinggi akalku
makin bongkak padaMU
makin hebat daku
makin memilih nikmatMU

Pena Abdi (2/12/2010)

Read More......

Saturday, November 27, 2010

Robitahku pada Talimu

Bismillahirrahmanirrahim....


Tinta ini kembali ku layarkan....penuh rasa rindu kepada kalian sahabat yang segalanya kerana Allah....saat tinta ini terukir demi Allah hati ini merinduimu sahabat...jauh...jauh..dan jauh...tanpa bersua...namun tersimpul kukuh pada tali Allah semuanya kerana Allah jua kerana tali agamaMU....


Buatmu sahabat tercinta..Salam mesra terindah kukirimkan,Salam mujahidah sesuci air telaga kauthar,.salam sayang yang harumnya bak kasturi, salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi,.salam rindu sehangat mentari waktu dhuha,salam mujahadah serinya terpancar diwajah suci,salam penghormatan, kasih dan cinta yang tidak pernah pudar dalam setiap musim dan masa…

Demi berlalu seiring nadi berdenyut terhampar kelam tanpa perjuangan ketahuilah dirimu sahabatku tercinta nafas ini jua amanah segalanya tiada milik kita…kembalilah kita kepada Allah betapa hebatnya kita betapa sombongnya kita betapa angkuhnya kita akhirnya merintih jua pada yang esa…akhirnya meratap sendu jua padaMU Ya Rabb…



Buat sahabat yang indah ciptaanNYA


Sedar dalam leka lalai dalam alpa mimpi dalam jaga apa perintahNYA sering kita lupa…meminta…meminta dalam doa…dikatanya kita redha meniti bersepah di bibir namun mengapa kita berduka dengan takdir….apa hak kita??? Apa bayaran kita pada DIA hingga kita seolah olah memaksa Allah menuruti kehendak kita…sedarlah duhai sahabat ku yang tercinta..kita hanya seorang hamba…hingga pada saat kita tinggi di menara gah di persada angkuh di gunung….kita tetap hamba…hamba….


Tinta ini buat sahabat yang kudoakan syurga milikmu…


Ada kala aku mengguris hatimu…kerana itu fitrahku aku tak sempurna hatta aku mengejar kesempurnaan…maaf pintaku….takut hatimu yang tenang bisa aku gelorakan…jiwamu yang lapang bisa aku sempitkan fikiranmu yang terluang bias aku sibukkan…maaf…maaf…tapi ketahuilah sengaja ku lakukan sebegitu agar dirimu sentiasa mengingatiku…kerana kalian tak pernah luput dalam ingatanku….


Sahabat…ku layarkan ia umpama layaran merpati buatmu…


Ayuh….kembali kita tautkan yang terlerai simpulkan yang tersemai…juang…juang dan kembali juang…itu matlamat awal kita….ku bisa kehilangan nafas jasad dan dirimu namun aku tak bisa kehilangan semangat juangmu…..bukan untuk aku kalian berjuang tapi untuk Allah dan agamaNYA….


Hilang dalam kelam
Resah dalam duka
Jauh itu bukan petanda
Dekat itu bukan senda….
Robitahku pada taliMU
Ikatan ini untuk agamaMU…
Lalu kupohon…KAU matikanlah simpulan ini
Agar tak terlerai
Agar tak hilang dek  pandang
Ya Allah….
Semuanya keranaMU
Satu kami untuk agamaMU
Rindu kami untuk perjuanganMU
Cinta kami untuk KekasihMU…
Ya Allah…
Bila ikatanku ini longlai…
Kau aturkan ukhwahku dengan mereka
Berputih ranjau…berkeruh duri
Duka itu indah…
Bila jauh mereka ku ingati…
Ya Rabb….


Sampaikan salam rindu ku pada mereka….rindu penuh kecintaan…agar hati ini bersatu merinduMU , mengasihi KekasihMU , memperjuangkan agamaMU….




Pena Abdi (26/11/2010)

Read More......

Sunday, November 21, 2010

Mawar itu Nafasmu

Santunmu berhikmah....
dialirkan acuan sunnah
di tebalkan iman dan taqwa...
diruntun air mata fitrah...

wahai wanita...
yang baik akhlaknya
yang indah pertuturannya
cantikmu bukan pada rupa
tapi tebalnya rasa perjuangan pada agama...

wahai wanita...
seindah mawar berduri
ibarat mawar itu nafasmu
duri itu pendiding nafsu
indah dipandang....hembusan angin bidadari syurga

wanita....
lembutmu kasih tak terhingga
tonggak nakhoda samudera
rusuk kiri penguat layaran
suaramu lagu terindah buat permata hati

wanita....
tegasmu kerana maruah
tapi bukanlah fitrah
kau penuh kasih jua kelembutan
penyejuk hati imam solatmu...

wanita....
kau bagai srikandi terbilang
acuanmu penuh kisah kasih
kau penyeri dunia
hiasan dunia
yang terindah wanita solehah
yang fitrah...jangan jadikan ia fitnah

jaga mawarmu itu....
pertahan durimu wahai wanita...
bersabarlah...yang terbaik untukmu Allah sediakan

Read More......

Ta'arufku Pada RisikkanMU


Tujuh langkah pilu air mata sendu

kemboja mewangi di pusaraku

talqin itu untuk aku

gugup jantung mungkar dan nakir bakal bertamu

gegak gempita hatiku



Ya Allah.....

taarufku pada risikkanMU dahulu

seawal roh dan takdirku ditentu

jalan lurusMU aku menyimpang

ujianMU aku berkeluh kesah

perintahMU aku persenda

laranganMU aku agungkan



Ya Allah.....

tak terbayar amanahMU

tak terlunas daieku

usia ku biarkan kelam

gelap tanpa iman dan taqwa



Ya Allah

aku hamba yang sengketa pada agama

meluap marah pada pendakwah

jijik pandanganku pada azabMU

persenda pula hukumMU



Ya Allah

selesai talqin itu

aku bakal dihujah soal

tak berguna rintihan dan pintaku

aku hambaMU yang kerugian

pada tika ini taubatku tak dijengah

air mataku tak dibelas

senduku tak diendah

kerana seusia hidupku

aku bukan hamba yang taat pada penciptaku

Read More......